Tentang Kami

Homestay D Irsyad – Rantau Panjang, Klang

Homestay D Irsyad merupakan homestay milik keluarga yang bermula pada tahun 2014 di Lorong Al‑Irsyad, Kampung Rantau Panjang, Klang. Nama homestay ini diambil sempena nama lorong sebagai identiti tempat dan komuniti setempat.

Pada tahun 2016, sebuah unit kedua iaitu Homestay D Irsyad 2 telah dibuka di Lorong Haji Mohd Yusop, Jalan Haji Musran, bagi memenuhi permintaan penginapan yang semakin meningkat.

Homestay ini pada asalnya diuruskan oleh Abu Bakar bersama isteri beliau Midzah sebagai pembantu pengurus. Selepas pemergian Abu Bakar pada 5 Mac 2026, pengurusan homestay telah diambil alih oleh anak sulung, Ahmad Hilmi.

Walaupun masih baharu dalam menguruskan perniagaan ini, kami berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan legasi keluarga dengan mengekalkan keselesaan, kebersihan dan layanan terbaik kepada setiap tetamu.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Homestay D Irsyad.